Tuesday, 14 June 2011

SUKAN DODGEBALL....


Assalammualaikum...
salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Sebagai pengenalan kepada sukan dodgeball ini, saya telah mendapatkan sedikit informasi berkaitan sukan dodgeball ini dari laman web Persatuan Dodgeball Malaysia dan dari blog rakan-rakan blogger dodgeball yang lain untuk dikongsi bersama...

Sukan dodgeball, jika dibandingkan dengan paintball dan futsal, sukan dodgeball merupakan sukan yang masih baru di negara ini. Malah, apabila ditanyakan kepada peminat sukan pun, hanya segelintir sahaja daripada mereka yang tahu mengenai sukan ini.  Walaubagaimana pun dari hari ke hari sukan dodgeball mula berkembang.  Malah JPNIN telah menjadikan sukan dodgeball ini sabagai salah satu aktiviti sukan rasmi bagi jabatan.

Berbeza dengan negara luar seperti Amerika Syarikat dan Kanada yang menjadikan dodgeball sebagai aktiviti pilihan bagi meningkatkan tahap kecergasan diri, sukan ini sangat popular di kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Sukan di Malaysia sememangnya sudah setanding dengan negara luar, bagaimanapun acara sukan yang memerlukan strategi, kecergasan fizikal serta semangat berpasukan ini masih belum mendapat tempat di hati peminat sukan tempatan.

Sukan ini sebenarnya permainan yang sangat mudah sekiranya kita mengetahui tekniknya. Ia juga merupakan satu permainan kompetitif berpasukan yang mampu menarik penglibatan lelaki dan wanita daripada setiap lapisan usia.

Dodgeball adalah sukan baru, namun ia mula berkembang di kalangan penuntut-penuntut IPT dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sukan dodgeball, seperti juga permainan ‘bola cop’ yang menggunakan bola tenis dan popular di kalangan pelajar sekolah pada zaman 70-an dan 80-an menggunakan teknik yang sama iaitu menumpaskan lawan melalui pukulan bola.

Bezanya, permainan ini menggunakan bola khas diperbuat daripada getah lembut dan bersaiz lebih besar.

Format permainan juga hampir sama iaitu memerlukan enam pemain untuk satu pasukan dengan seorang peserta wanita.

Cara permainannya amat mudah iaitu pemain hanya perlu mengelak balingan pihak lawan dan cuba kembali ‘matikan’ pihak lawan dengan lontaran bola. Pasukan yang ahlinya ‘hidup’ paling ramai dikira sebagai pemenang.

No comments:

Post a Comment