Wednesday, 15 June 2011

SUKAN DODGEBALL SEBAGAI SUKAN PEMBANGUNAN KOMUNITI

"DODGEBALL PEMACU INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA"
Selaras dengan lafaz dan sasaran untuk mencapai moto 1 MALAYSIA, sukan dodgeball bertanggungjawab sebagai satu platform dalam usaha untuk membawakan komuniti daripada latar belakang dan kaum yang berbeza untuk datang bersama dan bersama-sama mencapai satu matlamat yang sama.

Sukan dodgeball merupakan sukan pembangunan komuniti yang semakin berkembang di kalangan masyarakat Malaysia, di mana ia bukan sahaja merupakan sukan tradisi yang telah diubahsuai untuk memenuhi kehendak komuniti tempatan, malahan sukan dodgeball Malaysia juga dimasukkan elemen-elemen kehidupan yang penting dalam usaha pembangunan individu yang akan memberikan kesan kepada pembangunan satu komuniti secara keseluruhan.

Elemen-elemen seperti bekerjasama, perpaduan dan kejujuran merupakan nilai-nilai yang penting dalam memupuk pembangunan individu dan juga komuniti.  Nilai-nilai ini dapat dipupuk melalui program-program seperti pasukan fanfare, penulis blog dan juga juru-ulas yang diterapkan dalam sukan dodgeball ini.  Sukan dodgeball bukan sekadar mengenai sukan itu sahaja, malahan program-program lain yang dapat mengasah bakat individu daripada aspek yang berlainan.

Warna kulit, bahasa pertuturan dan juga latar belakang tidak lagi menjadi satu batasan kepada satu pasukan dalam sukan dodgeball kerana di dalam sukan ini, integrasi dan juga perpaduan di antara individu yang berlainan merupakan tulang belakang kepada pembangunan satu kelab yang berjaya.

Prinsip Kelab Dodgeball, SATU INDIVIDU yang akhirnya akan membentuk SATU KOMUNITI menjadi pegangan dalam usaha membawakan semua individu di bawah satu payung yang sama.

Sumber : Persatuan Dodgeball Malaysia

No comments:

Post a Comment